Aplikasi Perisian Komputer: Perisian Utiliti


Apakah yang dimaksudkan dengan perisian utiliti?
-   Perisian utiliti adalah perisian sokongan atau bantuan yang berperanan untuk membantu memastikan kelancaran perkakasan komputer, sistem pengendalian dan perisian penggunaan.
Antara contoh perisian utiliti adalah program-program, dokumentasi pengguna (manual penggunaan perisian), dokumentasi sistem (maklumat mengenai keperluan sistem) dan data konfigurasi (data-data yang diperlukan untuk komputer berfungsi)
Perisian utiliti terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
i.              OS based utility
ii.             Non-OS based utility

OS based utility
OS adalah singkatan bagi Operating System yang bermaksud set program yng mengandungi arahan yang mengkoordinasi semua aktiviti sumber perkakasan komputer.
Ia juga mengandungi arahan yang membolehkan aplikasi perisian itu dijalankan. Perisian aplikasi ditulis untuk dilaksanakan dengan OS tertentu. Oleh sebab itu OS juga dikenali sebagai Platform Perisian (Software Platform)
Os based utility terbahagi kepada dua jenis iaitu:
i.              Disk Scanner
Disk scanner merupakan satu perisian yang memang terdapat dalam komputer.
Ia berfungsi sebagai alat untuk mengesan dan membetulkan masalah fizikal dan logikal pada cakera padat dan disket, meningkatkan prestasi sistem dengan membuang fail yang tidak diperlukan pada komputer.
i.              Disk Defragmenter

·   Disk defragmenter adalah adalah perisian dalam Microsoft Windows yang direka untuk membantu meningkatkan kelajuan komputer dengan menyusun atur fail ke lokasi yang sesuai dalam disk.
·       Apabila terdapat banyak fail yang dicipta, dibuang dan diubah suai, fail-fail tersebut akan fragmented. Fragmented bermaksud fail tidak disimpan dalam satu tempat secara keseluruhannya.
·    Oleh sebab itulah wujudnya disk defragmenter untuk menyusun semula fail yang bertaburan dan mengoptimumkan penempatan pada hard drive serta mengenal pasti fail dan ruang yang tidak diperlukan.
Non-OS based utility
Non-OS based utility terbahagi kepada dua jenis juga, iaitu:
i.              Perlindungan Virus (Anti Virus)
·    Berfungsi mengimbas, menangkis dan melindungi data komputer dari serangan virus.
·       Anti virus bertindak dengan mengimbas cakera keras, ingatan kilat dan ingatan utama bagi mengesan serta menghapuskan virus tersebut.
·       Perisian ini perlu sentiasa dikemaskini (up-to-date) bagi memastikan fail tandatangan virus (virus signature) sentiasa diperbaharui dengan jenis-jenis ancaman virus terkini.
·      Pengguna perlu mengamalkan langkah berjaga-jaga seperti mengimbas setiap fail yang dipindah turun dari internet.
·   Antara contoh perisian adalah Orton, Avira, McAfee, Kaspersky dan Avast.
·         Contoh virus yang selalu dikenal pasti adalah Trojan dan Worm.
Gambar di atas merupakan contoh antivirus software yang boleh melindungi komputer dari sebarang virus.

ii.             Pemampatan Data (Data Compression)
·  Digunakan untuk memampat dan nyahmampat fail bagi menjimatkan ruang penyimpanan, melajukan penghantaran emel serta mengurangkan masa memuat turun fail.
·     Antara fail-fail yang biasanya dimampatkan ialah fail dokumen, video, grafik ataupun audio.
·  Fail yang dimampatkan ini dipanggil fail termampat (zipped) yang mempunyai format fail .zip atau .rar.
·  Fail termampat perlu dinyah mampat (unzipped) sebelum boleh digunakan.
·         Contoh perisian seperti WinZip, WinRAR dan PKZIP.

Contoh-contoh perisian utiliti yang lain:
i.              File Converter
Digunakan untuk menukar fail media dari satu format kepada format yang lain. 
ii.             Screen Capture
Untuk mengambil imej pada skrin komputer untuk kegunaan tertentu.
iii.            Wireless Networking Tools
Diperlukan supaya komputer mendapatkan maklumat berkaitan Wi-Fi yang berdekatan.
iv.           Online File-Sharing & Storage Tools
·   Dropbox, Skydive dan Google Drive merupakan beberapa alat yang digunakan untuk penyimpanan dan perkongsian fail secara online.
·  Dropbox merupakan perkhidmatan percuma yang disediakan untuk pengguna individu bagi menyimpan foto, video, dokumen. Google Drive digunakan untuk menyimpan foto, video, dokumen dan fail-fail.

1 comment: